Muka luka dan lebam tapi tetap senyum

Iklan
Perkongsian Chris Bennett di laman Twitter miliknya.

BOSTON - Keperitan dirasai pejuang barisan hadapan sehingga menyebabkan diri sendiri luka dan tidak terurus tidak sesekali dijadikan alasan untuk lemah semangat, sebaliknya mereka terus komited dengan melemparkan senyuman bagi membantu pesakit melawan koronavirus (Covid-19).

Terbaharu, perkongsian Chris Bennett, seorang doktor dari Boston melalui laman sosial Twitter miliknya pada jam 6.49 pagi tadi membuatkan warganet terharu.

Iklan
Iklan

Beliau mengirimkan satu gambar dirinya memaparkan keadaan wajahnya yang luka dan lebam dikatakan akibat pemakaian topeng muka terlalu lama.

"Topeng muka meninggalkan kesan (luka) tapi sentiasa ada sebab untuk tersenyum,” katanya.

Iklan

Chris Bennett juga telah menarik perhatian warganet sebelum ini apabila mengirim gambarnya yang sedang bertugas dan hari tersebut merupakan hari lahirnya.

"Saya mungkin penat dan wajah saya mungkin lebam tetapi di bawah (memakai) PPE saya tersenyum. Hari ini adalah hari jadi saya!” tulisnya pada kiriman berkenaan.

Iklan

Netizen rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas pengorbanan beliau kepada masyarakat dan negara.

"Terima kasih untuk semua yang anda lakukan,” komen pengguna Twitter bernama Meesh.