'Kalau tak mahu beli, sedekah pun jadilah'

Iklan
Foto perkongsian di Facebook Nur Aina

TASEK GELUGOR - Kegigihan seorang lelaki menjual sayur dan tetap setia menanti pelanggan membeli di bawah terik matahari mendapat perhatian warganet.

Pengguna Facebook, Nur Aina yang berkongsi situasi itu turut meluahkan perasaan simpati terhadap lelaki tersebut kerana tiada siapa yang membeli sayur-sayurannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki berkenaan tinggal di Penanti dan kebiasaannya berniaga di Pasar Menanti tidak dapat meneruskan aktivitinya disebabkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kesiannya pak cik ni tengah-tengah panas jual sayur, tiada siapa pun yang beli dengan dia.

Iklan

"Kalau tidak mahu beli sayur pun sedekahlah sikit, hari ini kita tolong orang esok lusa orang tolong kita,” katanya.

Hantaran Nur Aina mendapat 640 komen dan 2,900 perkongsian, rata-ratanya mengundang rasa simpati warganet terhadap pak cik berkenaan yang gigih berjuang demi kelangsungan hidup.

Iklan

"Ya ALLAH kesiannya, semoga pak cik ni kuat untuk mencari rezeki,” luah pengguna Facebook bernama Diyana Yana.

"Dekat mana pak cik ni jual, nak pergi beli,” komen pengguna Facebook bernama Nor Aini Nora.