SHAH ALAM - Tiada kepentingan untuk kedai gunting rambut beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana boleh memberi kesan terhadap usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19).
Doktor Pakar Pekerjaan dan Perubatan Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun berkata, khidmat tersebut juga dilihat bukan keperluan mendesak buat masa ini, apatah lagi masyarakat tidak ke pejabat dan bekerja dari rumah, malah anak-anak juga tidak ke sekolah.
"Bagaimanapun jika operasi kedai gunting rambut diteruskan juga, saya lihat ia hanya akan menjadi alasan untuk lebih ramai rakyat Malaysia keluar rumah sewaktu PKP ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
"Jika ramai yang keluar, apakah PKP yang dilaksanakan ini dan bakal dilanjutkan ke fasa ketiga bermula 15 April ini akan menunjukkan keberkesanan?," soalnya.
Semalam kerajaan mengumumkan beberapa sektor tambahan antaranya industri automotif, projek pembinaan serta perkhidmatan terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat semasa PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Bagaimanapun, menurutnya, jika masih ada pemilik kedai gunting yang tetap mahu menawarkan khidmat tersebut dalam tempoh PKP ini, mereka boleh berbuat demikian tetapi bersyarat seperti menyediakan topeng muka serta cecair pembasmi kuman di premis mereka.
"Ini kerana ketika menggunting rambut, perkara yang paling sukar untuk dielakkan adalah penjarakkan sosial antara tukang gunting dengan pelanggan.
"Itu isu paling besar dan penyelesaiannya adalah kedua-dua mereka perlu amalkan penjagaan kebersihan dengan memakai topeng muka dan cecair pembasmi kuman kerana seperti kita tahu penyebaran jangkitan Covid-19 adalah melalui titisan cecair di udara.
"Dengan kata lain, pemilik kedai gunting perlu berkorban untuk keluarkan kos bagi menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman untuk para pelanggan yang datang bagi mengurangkan risiko transmisi jangkitan. Sanggup atau tidak?" soalnya.
Dalam pada itu, Dr Hanafiah berkata, beliau melihat terdapat keperluan untuk kerajaan mempertimbang kaedah lain seperti persempadanan atau 'zonning' kawasan bagi kes Covid-19 berbanding meneruskan kaedah PKP.
"Jika ada 'zonning' kawasan hijau, kuning, jingga dan merah, sekurang-kurangnya rakyat masih boleh keluar melakukan aktiviti dalam kawasan zon mereka sahaja termasuk gunting rambut, cuma tidak boleh masuk ke zon lain.
"Berbanding PKP, orang yang keluar masih boleh masuk ke kawasan lain.
"Sebagai contoh, orang yang tinggal di zon jingga boleh melalui zon kuning untuk ke kedai gunting rambut di zon hijau. Jadi transmisi jangkitan itu boleh dibawa ke zon hijau yang tiada kes Covid-19 sebelum ini," katanya.