IPOH - Kebenaran perkhidmatan gunting rambut beroperasi sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibimbangi mendatangkan risiko kepada tukang gunting rambut.
Seorang tukang gunting rambut, Mohamad Iqbar Ros Addelin, 30, berkata, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang dialu-alukan kerana mereka yang bekerja dalam perkhidmatan tersebut banyak berdepan dengan bahagian kepala dan muka pelanggan.
Menurutnya, keadaan itu boleh mendatangkan risiko paling tinggi untuk terkena jangkitan kepada mereka ketika berdepan dengan pelanggan atau boleh memberi kesan sebaliknya kepada pelanggan lain.
"Bagi saya, soal keselamatan lebih penting. Kita tak mahu ambil risiko kerana memang kita berdepan secara dekat dengan pelanggan. Jika ada kedai gunting rambut yang buka mungkin caj perkhidmatan mahal.
"Kos untuk melaksanakan perkhidmatan dalam tempoh ini pastinya tinggi disebabkan kita kena bersiap dengan keperluan-keperluan lain seperti membuat sanitasi yang sangat kerap dan waktu perniagaan juga hanya tiga kali seminggu," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Mohamad Iqbar yang sudah lebih tiga tahun bekerja dalam bidang itu berkata, secara peribadi dia lebih rela bersabar dan menunggu sehingga penularan wabak kes Covid-19 ini berjaya dikawal.
Dia turut mencadangkan orang ramai menggunting rambut sendiri sekadar memastikan rambut mereka pendek dan kemas tanpa mengikut gaya tertentu memandangkan hanya duduk di rumah.
Dalam pada itu, Mohamad Iqbar turut mencadangkan kerajaan melihat dari sudut kebajikan golongan pekerja gunting rambut kerana kebanyakan mereka sangat terkesan ketika PKP ini.
Katanya, lebih terkesan adalah pemilik kedai yang terpaksa membayar sewa premis atau bangunan sedangkan operasi tidak dapat dijalankan.
"Bantuan kami perlukan tak banyak pun, cukup kerajaan bantu kami berbincang dengan pemilik bangunan untuk menangguhkan sewa. Bukan sahaja barber, kebanyakan perniagaan lain juga menyewa.
"Kepada barber pula, mungkin kerajaan negeri boleh bantu kami dari segi kewangan dan sebagainya untuk kelangsungan hidup terutama bagi yang berkeluarga serta mempunyai tanggungan," katanya yang bekerja di Sharkroni Barbershop Meru Raya, di sini.