Mbappe diyakini sertai Madrid musim panas kelak

Iklan
Kylian Mbappe -Foto ESPN

BEKAS pemain Paris Saint Germain (PSG), Jerome Rothen yakin juga bintang muda Perancis, Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid dalam masa terdekat.

Rothen berkata, perkara yang menghalang penghijrahan rakan sepasukannya itu ketika ini hanyalah dari segi masa berikutan penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurut Jerome berita penghijrahan pemain berusia 21 tahun itu ke gergasi La Liga itu semakin hangat diperkatakan apabila pengendali Madrid, Zinedine Zidane tanpa berselindung berminat untuk membawa penyerang muda berkenaan ke Santiago Bernabeu.

"Saya tahu dari sumber kelab yang menyatakan perjanjian bagi membawa Mbappe ke Real Madrid sudah hampir selesai.

Iklan

" Bagaimanapun, berdasarkan kepada situasi semasa berikutan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, sudah semestinya kedatangan Mbappe ke Madrid ditangguhkan.

"Saya juga yakin, tidak ada jalan penyebab untuk Mbappe menyambung kontraknya dengan PSG kerana kedua belah pihak bakal mengadakan perbincangan dan khabarnya PSG sedia melepaskannya pada musim panas ini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, sebelum pandebalik pandemik Covid-19 ketika ini Mbappe telah menjaringkan 18 gol 30 daripadanya melibatkan dalam semua pertandingan disertai PSG bagi musim 2019-2020.

Sementara itu Zidane mengakui telah lama mengenali Mbappe dan mengakui pemain berkenaan pernah menghadiri ujian pemilihan di sini (Madrid) suatu ketika dahulu.

"Apa yang penting bagi saya sekarang adalah apa tindakan dan persediaan kami.

"Kita tahu mengenainya (Mbappe), dan kita perlu bersedia,” katanya.