24 katil ICU dari Beijing tiba di KLIA pagi tadi

Iklan
Pesawat AirAsia yang membawa katil ICU itu tiba di KLIA pagi tadi.

PUTRAJAYA - Pesawat AirAsia yang membawa 24 buah katil unit rawatan rapi (ICU) tajaan Yayasan Petronas selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pesawat khas itu berlepas awal pagi tadi dari Beijing, China.

Iklan
Iklan

"Ini bermakna, kesemua 100 buah katil ICU telah pun selamat tiba di Malaysia dan kini dihantar ke hospital bagi kemudahan merawat pesakit.

"Sekali lagi, ucapan jutaan terima kasih kepada Yayasan Petronas, AirAsia, pihak berkuasa penerbangan China CAAC, kakitangan Kementerian Pengangkutan, Kedutaan Malaysia di Beijing dan Kedutaan China di Malaysia yang bertungkus-lumus membantu menjayakan misi ini," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Iklan
24 katil ICU tajaan Yayasan Petronas selamat tiba di KLIA pagi tadi.

Menurutnya, ketika ini kebanyakan negara di seluruh dunia sedang berebut untuk mendapatkan peralatan-peralatan perubatan termasuk katil ICU, ventilator, peralatan perlindungan diri (PPE) serta topeng muka.

"Harga peralatan-peralatan ini pula naik mendadak sejak tiga minggu lalu di mana kerajaan China telah perketatkan syarat pengeksportan semua peralatan perubatan berkuatkuasa 1 April lalu," katanya.

Iklan

Bagaimanapun katanya, disebabkan hubungan akrab antara Malaysia dan China yang telah terjalin sejak sekian lama secara telah memudahkan segala urusan termasuk misi penghantaran 100 katil ICU tersebut.