DHAKA - Enam doktor di Bangladesh digantung tugas kerana didakwa enggan merawat pesakit Covid-19 dan tidak hadir bertugas tanpa sebarang notis awal, lapor agensi berita Anadolu.
Direktorat Perkhidmatan Kesihatan berkata, pada Sabtu doktor dari Kuwait-Bangladesh Friendship Hospital itu digantung tugas mengikut Peraturan Perkhidmatan Kerajaan dan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap mereka.