PUTRAJAYA - Beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga termasuk kedai gunting rambut bukan secara automatik, sebaliknya mereka perlu membuat permohonan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terlebih dahulu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan sama ada sesebuah kedai gunting rambut itu boleh beroperasi atau tidak selepas permohonan mereka dihantar hanya akan diputuskan oleh kementerian tersebut.