Saringan Covid-19 di Jalan Masjid India

Iklan
Penghuni-penghuni sekitar Jalan Masjid India beratur untuk membuat saringan Covid-19 hari ini berikutan penularan wabak Covid-19 di Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Penduduk warga tempatan dan warga asing yang tinggal di sekitar kawasan Jalan Masjid India di sini menjalani saringan wabak koronavirus (Covid-19) semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati saringan Covid-19 itu turut melibatkan pekerja pasar raya dan pekerja di premis sektor dibenarkan di kawasan berhampiran.

Iklan
Iklan

Saringan itu dilaksanakan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di dua khemah didirikan berhampiran ba

serta dipantau oleh anggota polis, tentera dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Iklan

Proses saringan bermula pada jam 1 petang itu dilakukan secara berperingkat selepas saringan ke atas semua penduduk Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilakukan sejak Rabu lalu.

Difahamkan, ujian saringan itu dilakukan berikutan ramai warga asing tinggal berhampiran bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Iklan

Tinjauan juga mendapati mereka melakukan saringan di khemah yang disediakan berhampiran dua bangunan berkenaan.

Sepasukan petugas KKM lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) menyaring semua individu berkenaan.

Terdahulu, difahamkan seramai 48 penduduk di kedua-dua flat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Masjid India di sini disyaki positif Covid-19.

Kesemua mereka dilaporkan sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan rawatan susulan.