Kempen pengurusan emosi dan tekanan dilancarkan

Iklan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto Bernama

SHAH ALAM – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, pelbagai isu emosi seperti tekanan perasaan, ekonomi dan kemurungan melanda masyarakat terutamanya terhadap rumahtangga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, atas sebab itu TV Al-Hijrah bersama rakan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga menerusi kempen #MUSAADAHCOVID19 memulakan inisiatif baru iaitu MyCareCoV19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif ini khusus untuk memberikan khidmat bimbingan kerohanian, nasihat perundangan dan pengurusan emosi buat rakyat Malaysia merentasi agama dan bangsa.

"Program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum di TV Al-Hijrah setiap hari, di antara jam 8 hingga 9.30 pagi bermula 13 April 2020.

Iklan

"Penonton boleh menghubungi talian 03-22602412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKP yang bermula pada 18 Mac lalu sudah memasuki fasa ketiga sehingga 28 April nanti bagi memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan