GERIK - Penggabungan politeknik dan kolej komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dilihat memudahkan kerja-kerja penyelarasan dan perancangan institusi berkenaan mengikut zon serta kursus ditawarkan kepada pelajar.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, TS Dr Mohammad Naim Yaakub berkata, penyelarasan berkenaan bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran institusi tersebut malah juga dengan komuniti serta industri berhampiran.
"Peluang penggabungan ini kita guna sebaik mungkin untuk kita buat penyelarasan peringkat zon, kalau dahulu institusi terus kepada jabatan, dengan penggabungan ini ia membolehkan dibuat penyelarasan dalam pelbagai sudut.
"Misalnya penyelarasan penggemblengan sumber tenaga pengajar, kewangan, kenderaan, peralatan, kepakaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan efisien,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Zon Utara kali kedua 2018 di Kolej Komuniti Gerik, baru-baru ini.
Menurutnya, politeknik dan kolej komuniti juga dapat mengelakkan berlakunya pertindihan program atau jurang antara mereka di samping memudahkan urusan dengan pihak majlis daerah, industri serta komuniti setempat kerana mereka bergerak mengikut zon.
"Bagi pihak pusat iaitu jabatan dan kementerian kita melihat cara ini lebih baik kerana apabila dibuat perbincangan, kementerian akan mendapat maklum balas daripada ke enam-enam zon ini yang sudah diselaraskan dari segi kepentingan komuniti dan industri berdekatan,” katanya.
Dalam pada itu mengenai mesyuarat kali kedua untuk tahun ini, Mohammad Naim berkata, beberapa perkara dibincang dan diperhalusi bagi memastikan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zon Utara berkongsi hala tuju yang sama.