Penoreh dakwa sukar buat tuntutan IPG
Iklan
Mohd Khairuddin (kiri) bersama Mohd Habali (kanan) dan Abdul Nasir melihat alat pengesahan yang boleh membantu penoreh memasukkan data dan rekod penjualan getah.
BALING - Pekebun kecil dan penoreh getah di sini mendakwa mereka sukar membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kerana berdepan proses rumit selain jarak perjalanan yang jauh.
Peraih, Mohd Habali Husin dari Kampung Luar, Siong berkata, bagi penoreh di daerah Baling, mereka terpaksa membuat tuntutan di pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sungai Petani yang terletak sejauh lebih 50 kilometer.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesukaran itu menyebabkan kebanyakan pekebun kecil dan penoreh getah merasakan tidak berbaloi untuk berbuat demikian.
"Bagi membantu penoreh, saya cuba mendapatkan alat pengesahan yang dapat membantu mereka memasukkan data dan rekod penjualan tanpa perlu ke LGM di Sungai Petani.
Iklan
"Bagaimanapun, sistem ini hanya berfungsi sekiranya kawasan ini menerima capaian internet yang tinggi," katanya ditemui di Pusat Belian Getah Sekerap Kampung Luar, Siong hari ini.
Mohd Habali berkata, diharap kerajaan dapat menyediakan akses terbabit dalam usaha memudahkan penoreh getah berstatus B40 membuat tuntutan IPG.
Iklan
Terdahulu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan masih terdapat kira-kira 80 peratus dari 400,000 pekebun kecil dan penoreh getah seluruh negara tidak membuat tuntutan IPG ketika mengadakan lawatan di Pusat Belian Getah Sekerap Kampung Luar, Siong hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Abdul Nasir Idris.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam