Nak tembak kera tapi terkena rakan di atas pokok jering

Iklan

TEMERLOH - Seorang penoreh maut selepas terkena tembakan rakannya di sebuah kebun dekat Mempateh, Lanchang pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 57 tahun berada di atas pokok jering.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek yang berusia 65 tahun itu melihat sekumpulan kera di atas pokok durian di tepi rumah kebun miliknya.

"Suspek mengambil senapang patah yang berada di dalam rumah sebelum melepaskan tembakan ke arah kera terbabit.

Iklan

"Kera berkenaan melarikan diri ke atas pokok bidara dan suspek terdengar orang menjerit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek berlari ke atas bukit yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan mendapati mangsa adalah kenalannya.

Iklan

"Terkejut dengan situasi itu, suspek sempat menyambut mangsa yang jatuh dari pokok jering.

"Suspek memapah mangsa untuk dibawa ke klinik namun mangsa didapati telah meninggal dunia. Suspek kemudiannya pergi ke Balai Polis Lanchang untuk membuat laporan," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.