Tak perlulah gunting rambut dahulu semasa Covid-19

Iklan
Ramai tidak bersetuju perkhidmatan gunting rambut diberi kebenaran beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

RAMAI yang tidak bersetuju perkhidmatan gunting rambut diberi kebenaran beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan di negara ini.

Merak Jalanan pun hairan, bukan penting sangat nak gunting rambut dalam keadaan genting sebegini. Merak Jalanan tertanya-tanya siapalah yang beri nasihat kepada kementerian berkaitan supaya perkhidmatan gunting rambut dibenarkan.

Iklan
Iklan

Seperti orang lain, Merak Jalanan turut bimbang dijangkiti virus Covid-19 ketika menggunting rambut. Jika bukan daripada tukang gunting, mungkin juga daripada pelanggan.

Ini kerana jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut, tempoh masa yang lama di dalam premis, selain ruang pengudaraan yang sempit dan pengudaraan yang terhad.

Iklan

Setiap helai rambut yang jatuh di lantai atau berterbangan di atas meja juga mungkin tidak dapat dibersihkan untuk setiap pelanggan yang bertukar, walaupun tukang gunting mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Telah dilaporkan di luar negara iaitu di Missisippi, Amerika Syarikat yang mencatatkan kematian membabitkan tukang gunting rambut selepas mangsa dikatakan terus menerima pelangan ketika pandemik Covid-19 masih mengganas.

Iklan

Beberapa persatuan tukang gunting juga meminta ahli masing-masing tidak membuka premis perniagaan mereka meskipun lampu hijau telah diberikan oleh kerajaan untuk mereka beroperasi.

Seorang pemimpin politik dilaporkan berkata, gunting rambut boleh mengawal darah tinggi. Merak Jalanan nak nasihatkan pemimpin kerajaan supaya jangan banyak sangat buat lawak ketika rakyat sedang resah gelisah menghadapi virus maut ini.