Korban Covid-19 diramal melebihi mangsa Perang Dunia

Iklan
Xinghuan memberi amaran Covid-19 boleh meragut lebih banyak nyawa berbanding korban Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

BEIJING - Koronavirus (Covid-19) boleh membunuh lebih ramai individu berbanding jumlah korban ketika Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang meragut lebih 77 juta nyawa.

Amaran itu dikeluarkan pengarah hospital sementara untuk pesakit Covid-19 di Wuhan, wilayah Hubei yang dibangunkan ketika pandemik itu memuncak di bandar tersebut.

Iklan
Iklan

"Keadaan ini sangat berbahaya dan semua kuasa politik tidak boleh hanya mementingkan kepentingan mereka tanpa menghiraukan kehidupan orang biasa,” kata Pengarah Hospital Leishenshan, Wang Xinghuan.

Beliau turut menyarankan kota metropolitan seperti New York perlu mengambil langkah lebih baik selepas ia mencatatkan lebih 6,000 kematian.

Iklan

Beliau turut mengulas tentang isu topeng muka yang dianggap sebagai isu budaya oleh segelintir pihak.

"Ketika saya bercakap dengan doktor di New York tentang perkara ini, seorang daripadanya menganggap penggunaan topeng muka adalah satu bentuk perbezaan budaya.

Iklan

"Hong Kong Phoenix Television juga bertanyakan soalan sama. Saya mahu semua media berkongsi mesej ini. Penggunaan topeng muka bukan satu budaya kerana terdapat alasan saintifik untuk perlindungan dan ia telah diiktiraf,” jelasnya.

Xinghuan turut menjawab tentang punca pandemik tersebut semakin serius di New York yang menjadi pusat wabak di Amerika Syarikat.

"Ia adalah kegagalan awal yang kami hadapi di Wuhan. Sebahagian pesakit yang mengalami simptom ringan dibenarkan pulang ke rumah dan menjalani pengasingan sendiri tanpa kami sedar ia adalah satu kegagalan besar. Oleh itu, kami mencadangkan hospital lapangan untuk menempatkan pesakit mengalami gejala ringan,” tambahnya lagi.

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah hampir 1.8 juta manakala kes kematian meningkat lebih 109,000 orang. - AFP