649 individu disaring dari rumah ke rumah

Iklan
Amirudin

HULU LANGAT - [DIKEMAS KINI] Pasukan petugas perubatan Selcare, Jabatan Kesihatan negeri sudah menyaring seramai 649 individu melalui saringan besar-besaran Covid-19 dari rumah ke rumah di zon merah.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, saringan selama dua hari dengan kerjasama polis dan Pejabat Daerah Hulu Langat itu menumpukan kepada warga emas yang berisiko.

Iklan
Iklan

"Usaha ini diteruskan lagi bagi menggempur Covid-19 di Selangor," katanya menerusi siaran Facebook rasminya semalam.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corporation, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, saringan rumah ke rumah perlu diteruskan ke zon merah lain berikutan ada lebih 100 titik merah di Selangor berdasarkan petunjuk Kementerian Kesihatan Malaysia.‪

Iklan
Iklan