KUCHING - Sebanyak 310 ekor burung murai yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan laluan lorong tikus telah berjaya digagalkan oleh pihak tentera di sempadan Malaysia dan Indonesia di Tebedu kira-kira 100 km dari sini hari ini.
Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata dalam Operasi Serkap yang bermula pada 4 pagi di kawasan berhampiran Kompleks ICQS Tebedu dan Inland Port Tebedu, pihak tentera turut mengesan tiga lelaki yang membawa sangkar burung melalui kawasan tersebut.