Jemaah tabligh Kuantan sedia disaring sekali lagi

Iklan
Mohd Abdul Salam (duduk, tiga dari kanan) bersama 13 jemaah tabligh Kuantan tiba dari Miri, Sarawak hari ini.

KUANTAN - Jemaah tabligh Kuantan dari Miri, Sarawak yang tiba di daerah ini hari ini bersedia untuk menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) sekali lagi bagi memastikan mereka bebas sepenuhnya daripada jangkitan wabak itu.

Wakilnya, Mohd Abdul Salam Abdul Ghani, 40, berkata, seramai 14 orang daripada kumpulan mereka disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani saringan dan dikuarantin selama 14 hari di Hospital Miri, Sarawak sebelum kembali ke Kuantan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka semua dibenarkan kembali ke Kuantan dengan kebenaran pihak polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan pelbagai agensi lain, namun perlu dikuarantin sebelum pulang ke rumah masing-masing.

"Kami sudah tiba di Kuantan pagi tadi dan kini sedang menjalani kuarantin di sebuah rumah penginapan di sini.

Iklan

"Jika pihak KKM minta kami jalani ujian saringan sekali lagi, kami tiada masalah berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Mohd Abdul Salam (kanan) bersama 13 jemaah tabligh dari Kuantan ketika menjalani kuarantin di Hospital Miri, Sarawak kelmarin.

Beliau yang juga Pengasas Pusat Tahfiz Miftahul Qura, Bukit Bayroute di sini berkata, mereka dan jemaah tabligh bukan penyebar virus Covid-19 seperti didakwa sesetengah pihak.

Iklan

"Tugas kami hanya menyebarkan hidayat ALLAH supaya semua manusia kembali kepada-NYA," katanya.

Beliau berkata, jemaah yang diketuainya itu keluar berdakwah ke Miri pada 10 Mac lalu selepas menyertai perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Jelasnya, sewaktu kumpulannya tiba di Miri, mereka terpaksa melakukan ujian saringan Covid-19 berikutan terdapat beberapa kes positif di negeri terbabit.

"Kami jemaah pertama yang membuat saringan sebelum dibawa ke Hospital Miri untuk dikuarantinkan.

"Alhamdulillah, ujian itu mengesahkan kami semua negatif," katanya.

Mohd Abdul Salam (tengah) bersama 13 jemaah tabligh Kuantan tiba dari Miri, Sarawak hari ini.

Dalam pada itu Mohd Abdul Salam turut berterima kasih kepada semua pihak terutamanya KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan semua pasukan barisan hadapan di atas layanan yang baik sepanjang menjalani kuarantin.

"Jasa mereka semua akan kami kenang selalu, semoga ALLAH Taala membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada semua," katanya.