Penerima BPN ada rekod cukai perlu kemas kini maklumat akaun bank

Iklan
Gambar hiasan. Foto: 123RF

CYBERJAYA - Individu yang mempunyai rekod data percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tetapi masih belum menerima bantuan itu boleh mengemaskinikan maklumat akaun bank mereka yang aktif.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, pengemaskinian perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 April melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci, bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan, pada bulan depan.

Iklan
Iklan

"LHDN ingin menasihatkan penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDN dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN.

"Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN,” menurut kenyataan itu lagi.

Iklan

FAQ BPN boleh dicapai di portal rasmi BPN.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN, melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; atau akaun Facebook dan Twitter rasmi LHDN. - Bernama

Iklan