Tukang sembelih didakwa miliki pisau lipat, ingkar PKP

Iklan
Mohd Faizal tidak mengaku salah memiliki pisau lipat semasa ditahan ingkar PKP di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang sembelih yang ditahan pada 9 April lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu pisau lipat dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh, Mohd Faizal Awang, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Iklan
Iklan

Tertuduh yang memakai baju t-shirt itu dilihat tenang di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebilah pisau lipat di jalan tali air Kampung Gong Kiat di sini jam 11.30 malam.

Iklan

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak salah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin manakala bagi pertuduhan melanggar arahan PKP, tertuduh dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Iklan

Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.