Penceroboh perairan negara akan diusir: Ismail Sabri

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang dan mengusir sebarang pencerobohan kawasan perairan negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kawasan perairan negara tidak diceroboh oleh nelayan asing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan juga sentiasa mengawasi pintu masuk sempadan terutamanya jalan-jalan tikus yang digunakan oleh pendatang tanpa izin (PATI) untuk memasuki negara ini khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Setakat ini, tiada pencerobohan PATI dikesan dan kawalan akan dipertingkatkan untuk memastikan orang luar tidak menceroboh masuk ke negara ini.

Iklan

"Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) bertindak tegas dalam pengawalan semua jalan tikus di negara ini,” katanya katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan turut memaklumkan bahawa setakat semalam sebanyak 174 pusat kuarantin telah beroperasi di seluruh negara.

Iklan

Menurutnya, ketika ini juga terdapat seramai 13, 575 individu yang baru pulang dari luar negara sedang menjalani proses kuarantin wajib.

"Semalam terdapat seramai 390 orang lagi rakyat Malaysia yang baru pulang dan ketika ini telah pun menjalani proses kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang telah diwartakan di seluruh negara,” katanya.