Rapid KL sedia dua perkhidmatan khas sempena Thaipusam

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Thaipusam pada Isnin akan datang, Rapid Bus Sdn Bhd menyediakan dua perkhidmatan bas khas untuk kemudahan pengguna yang meraikan perayaan itu di Batu Caves, Gombak.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, selama dua hari iaitu bermula 20 Jan hingga 21 Jan, sebanyak 18 buah bas disediakan untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni ke Batu Caves melalui Jalan Ipoh dan Jalan Kuching dengan kekerapan 10 dan 15 minit.

Iklan
Iklan

"Sementara dua bas lagi disediakan dari stesen LRT Gombak ke Batu Caves melalui Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan kekerapan masing-masing 30 minit dan 45 minit.

"Waktu perkhidmatan bagi dua perkhidmatan khas ini adalah dari pukul 5 pagi hingga 12 tengah malam," menurut kenyataan itu.

Iklan

Tambahnya, kadar tambang sehala yang dikenakan adalah RM3 bagi laluan dari Pasar Seni dan RM2 dari Stesen LRT Gombak dengan kaedah pembayaran hanyalah secara tunai.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan RapidKL iaitu 03-78852585 atau melalui saluran media sosial RapidKL. - Bernama

Iklan