Rakyat terkandas luar negara perlu tanggung kos penerbangan

Iklan
Ismail Sabri bercakap bersama pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam.- Foto Bernama

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara dan berhasrat untuk pulang. perlu menanggung sendiri kos penerbangan khas yang akan diuruskan oleh kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun urusan untuk membawa mereka pulang masih tertakluk kepada peraturan negara terbabit.

Iklan
Iklan

Ini kerana katanya, terdapat negara yang telah menguatkuasakan sekatan perjalanan di negara mereka dan membatalkan semua penerbangan bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara dan berhasrat untuk pulang dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia yang terdekat.

Iklan

"Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) sentiasa komited dalam memastikan kebajikan mereka diberikan keutamaan.

"Sekiranya pihak kerajaan diberi kebenaran untuk membawa pulang rakyat Malaysia, kos membawa pulang perlu ditanggung oleh individu yang terbabit dan penerbangan khas pulang akan diuruskan oleh MOT (Kementerian Pengangkutan),” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, kebajikan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

"Wisma Putra sentiasa berbincang dengan pihak berkuasa negara yang terbabit bagi membawa pulang rakyat Malaysia,” katanya.