Bekalan PPE mampu tampung untuk tempoh dua minggu

Iklan
Noor Hisham

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekalan peralatan pelindung diri (PPE) mampu menampung kegunaan pasukan petugas kesihatan di hospital untuk tempoh dua minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya perlu mendapat bekalan berterusan bagi mengelakkan kekurangan stok PPE.

Iklan
Iklan

"Kita sentiasa melaksanakan perolehan dari semasa ke semasa kerana didapati kegunaannya meningkat daripada dua kepada 10 kali ganda," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, bekalan PPE dibuat melalui tiga kaedah iaitu perolehan pukal untuk semua negeri menerusi kerajaan Pusat, perolehan peringkat negeri dan juga derma daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Iklan

"NGO juga boleh derma ke hospital untuk menampung keperluan," katanya.

Sebelum ini, KKM mengesahkan bekalan PPE mencukupi, namun segelintir hospital terputus bekalan berikutan masalah logistik.

Iklan