'Setakat rambut, tak matilah kalau tak gunting'

Iklan
Kaji selidik menerusi laman Facebook rasmi Sinar Harian.

SHAH ALAM - Sebanyak 93 peratus pembaca Sinar Harian bersetuju kedai gunting rambut ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bagi memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ia berdasarkan kaji selidik di Facebook Sinar harian selama 24 jam yang berakhir 9.50 pagi membabitkan undian 19,000 netizen.

Iklan
Iklan

Keputusan kerajaan membenarkan kedai gunting beroperasi dalam PKP fasa ketiga ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat bimbang wabak Covid-19 semakin menular.

Rata-rata netizen memberi pelbagai komen mengenai cadangan tersebut.

Iklan

Pembaca, Cheristina Divit berharap orang ramai terus bersabar mengharungi dugaan ini.

"Tangguh dulu, biar penyakit ini terhapus baru la kedai gunting rambut di buka semula.

Iklan

"Sekarang ini nyawa lebih penting jika dibandingkan dengan kedai gunting rambut. Sekiranya kedai gunting rambut dibuka semula, rugi la kami berkurung dalam rumah selama PKP ni berlangsung," tulisnya.

Pandangan itu dipersetujui oleh Zarina Halim.

"PKP fasa 3, adalah tempoh paling penting untuk putuskan rantaian Covid-19 ini, adalah sangat tidak wajar untuk memberi sebarang kelonggaran kepada sektor tambahan.

"Jika wujud kluster baru maka sia-sialah usaha dan pengorbanan semua pihak selama ini. Ia memberi peluang keemasan kepada pihak pembangkang untuk menghasut rakyat supaya menghukum kelemahan kerajaan Perikatan Nasional," ujarnya.

Irwan Shah pula menulis,"Amat bahaya, boleh menyebabkan wabak Covid-19 ini merebak dengan cepat. Jarak antara pelanggan dengan pengunting terlalu dekat."

Edanshidan Edan berkata, orang ramai perlu memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan sebelum melontarkan pandangan mereka terhadap pembukaan kedai gunting rambut.

"Sayangi nyawa lebih penting. Rambut tak jadi masalah, kalau rambut tu dah panjang, panggil kawan tolong potong sikit rambut tu. Kita kena fikir risiko yang lebih bahaya.

"Ikut pendapat kementerian yang lebih arif tentang perkara ini. Tolonglah ikut nasihat dari pihak kerajaan. Kesian barisan hadapan tidak kira masa untuk membanteras wabak ini," katanya.