Demi anak, ibu tunggal tunggang motor sejauh 1,400km

Iklan
Razia meredah sejauh 1,400km demi anaknya. -Foto: Telangana Today

NIZAMABAD - Seorang ibu tunggal di India sanggup meredah perjalanan sejauh 1,400 kilometer menunggang motosikal semata-mata mahu menjemput anaknya pulang ke rumahnya di daerah Nizamabad, Telangana.

Razia Begum, 50, mengambil anaknya, Muhammad Nizamudin, 17, yang bakal mengambil peperiksaan perubatan di Hyderabad, lapor India Today.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Muhammad Nizamudin berada di Nellore kerana membantu bapa rakannya yang sakit.

Sebelum perjalanan, Razia yang juga seorang guru dari daerah Nizamabad telah membuat permohonan dari balai polis untuk mendapatkan kebenaran.

Iklan

Razia memulakan perjalanan Isnin pagi dan tiba di Nellore pada Selasa tengah hari dan mereka selamat tiba di rumah pada Rabu petang.

Sepanjang perjalanan, Razia berhenti di balai polis untuk berteduh seketika termasuk di stesen minyak.

Iklan

Razia dikurniakan dua orang anak itu turut dibantu anggota polis bagi menunjukkan arah jalan supaya dia tidak sesat.