Jadilah juara untuk diri dan insan di sekeliling kita

Iklan

MERAK Jalanan tidak pernah lupa kenangan ketika sambut kepulangan atlet paralimpik negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

Acara sukan itu adalah yang terbesar dunia dan sama hebat dengan Sukan Olimpik, malah bukan calang-calang orang boleh beraksi dalam acara tersebut.

Iklan
Iklan

Dua atlet Paralimpik negara mencipta sejarah dengan memenangi dua pingat emas dan lebih membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100 meter (m) T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.

Iklan

Ziyad melontar peluru sejauh 16.84m dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m pada Paralimpik London 2012.

Pada tahun itu, semangat rakyat Malaysia memang lain macam. Bangga bukan kepalang dengan kejayaan di pentas sukan dunia.

Iklan

Merak Jalanan juga bangga dapat jadi sebahagian rakyat Malaysia yang berpeluang sambut wira negara itu.

Paling tidak boleh lupa, seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami Sindrom Down kelihatan bersorak sakan meraikan kejayaan dua atlet negara itu.

Bayangkan insan seperti itu dapat merasai dan memahami kejayaan dilakar oleh atlet tersebut. Mengalir juga air mata Merak Jalanan pada ketika itu.

Inilah kisah inspirasi yang perlu kita ketahui dan kenang setiap masa. Jika OKU mampu melakukan keajaiban, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang cukup sifat.

Marilah kita guna kelebihan yang ada dalam diri kita untuk perkara yang positif dan manfaatkan insan lain.

Andai tidak menjadi juara dunia, kita jadi juara untuk diri kita dan orang di sekeliling, itu sudah memadai.