Wanita bogel mengamuk atas kereta peronda

Iklan
Wanita melompat atas kereta peronda polis sambil menjerit. - Foto Metro.uk

ANDALUSIA - Seorang wanita dalam keadaan bogel dipercayai hilang kawalan melompat di atas sebuah kereta peronda polis di luar mahkamah di sini.

Menerusi laporan Metro.uk, keadaan itu berlaku selepas dia didapati bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan.

Iklan
Iklan

Bertindak atas aduan dikemukakan oleh jiran, wanita berusia 41 tahun ditahan polis kerana berbogel di kawasan kejiranan berhampiran sebuah resort Andalusia, Sepanyol.

Namun selepas ikat jamin, dia sekali lagi bertindak di luar batasan dengan berbogel dan naik ke atas kereta peronda sambil menjerit.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, dia ditahan sebelum menaiki ambulans untuk rawatan.