Jalan ditutup sempena Thaipusam

Iklan
Gambar hiasan. - Sumber internet

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena perarakan sambutan Thaipusam pada 19 Januari hingga 23 Januari 1 ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Sharifudin Mohd Salleh berkata, penutupan untuk perarakan kereta sami ke Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves bermula dari jam 10 malam sehingga jam 2 petang, 20 Januari ini (Ahad).

Iklan
Iklan

"Perarakan bermula dari kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke kuil Sri Subramaniar, Batu Caves.

"Dijangka lebih ramai penganut agama Hindu yang akan membanjiri Kuil Sri Mariaman, Jalan Tun H S Lee untuk bergerak ke Batu Caves," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Beliau berkata, laluan terbabit adalah Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lok, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh Batu 5, Jalan Kuching dan Bulatan Batu Caves.

Katanya, penutupan dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan kumpulan terbabit dan akan dibuka semula selepas perarakan selesai.

Iklan

"Perarakan kereta sami ini akan kembali ke Kuil Sri Mariaman dari Batu Caves pada 22 Januari (Selasa) kira-kira jam 4 petang dan dijangka sampai pada jam 2 pagi, keesokannya," katanya.