Lelaki Myanmar didakwa cuba rogol dua wanita

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan cubaan merogol dua wanita.

Than Khea Lang, 30, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suraiya Mustafa Kamal.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan cubaan merogol terhadap pembantu bahagian kewangan berumur 38 tahun di dalam terowong laluan pejalan kaki bawah bulatan Pudu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan cubaan merogol terhadap eksekutif sumber manusia berumur 26 tahun di kawasan yang sama.

Iklan

Kedua-dua perbuatan itu masing-masing didakwa dilakukan tertuduh pada jam 6.30 petang pada 4 Mac 2020 dan pada jam 7.10 malam 6 Julai 2019.

Than yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes itu tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes.