Tindakan diteruskan walaupun padam hantaran: Ismail Sabri

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang memuat naik atau menyebarkan berita palsu walaupun telah membuat permohonan maaf dan memadam hantaran tersebut.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, memuat naik atau menyebarkan berita palsu tidak wajar dilakukan kerana ia hanya mengelirukan dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat.

Iklan
Iklan

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 217 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu koronavirus (Covid-19). Sebanyak 162 masih dalam siasatan manakala 23 sudah dituduh di mahkamah dengan empat telah mengaku salah.

"Saya ingin memberi peringatan kepada mereka yang telah memuat naik berita palsu dan memadam 'posting' selepas tular, pihak berkuasa tetap akan mengambil tindakan," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di sini hari ini.

Iklan

Ismail Sabri berkata, polis akan meneruskan tindakan kepada sesiapa sahaja sama ada media sosial atau portal berita yang memuat naik berita palsu.

"Polis tidak akan berkompromi dengan tindakan tersebut. Sekali lagi saya mohon tolong jangan lakukan perkara yang akan menyusahkan diri sendiri," katanya.

Iklan