PUTRAJAYA - Seorang lelaki tanpa identiti diri yang ditemui mati di Kota Kinabalu Sabah disahkan positif koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki dipercayai warga asing itu ditemui mati pada 6 April.