'Samseng jalanan' serah diri, direman 4 hari

Iklan
Polis menunjukkan kenderaan yang dinaiki suspek.

PASIR MAS - Seorang lelaki yang bertindak luar kawalan dengan memukul pemandu kereta Perodua Kancil menggunakan sebatang besi boleh laras dalam kejadian di Jalan Kampung Atas Pinggir di sini semalam akhirnya tampil untuk menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, suspek yang merupakan orang tempatan dan berusia 45 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas jam 11.50 malam tadi.

Iklan
Iklan

"Suspek direman bermula hari ini sehingga 17 April untuk membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan 279 Kanun Keseksaan.

Iklan

Katanya, kenderaan dan besi yang digunakan oleh suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Lelaki berang kereta dipotong

Sinar Harian semalam melaporkan seorang lelaki bertindak luar kawalan apabila memukul pemandu kereta Perodua Kancil menggunakan sebatang besi boleh laras selepas berang kenderaan miliknya dari jenis Toyota Harrier yang dipandunya telah dipotong dalam kejadian di Jalan Kampung Atas Pinggir.

Iklan

Kejadian jam 12 tengah hari itu mengakibatkan pemandu Perodua Kancil itu mengalami luka di bahagian kepala dan bengkak serta calar pada lengan.

Suspek bertindak luar kawalan itu kerana berang dengan tindakan mangsa yang telah memotong kenderaannya.

Semalam, tular video berdurasi 20 saat di laman sosial Facebook menunjukkan seorang lelaki berbaju putih yang tidak berpuas hati memukul pemandu Perodua Kancil menggunakan besi dipercayai selepas berlaku kemalangan.