Bunyi pelik bawah kerusi, rupa-rupanya...

Iklan
Ular tedung sepanjang 4 meter yang berjaya ditangkap anggota APM.

KUALA TERENGGANU - Kepekaan seorang suri rumah terhadap bunyi pelik di bawah kerusi berjaya menyelamatkannya daripada dipatuk seekor ular tedung sepanjang empat meter di Kampung Surau Haji Kadir malam tadi.

Ghaihani Awang, 59, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8 malam, ketika dia berada di ruang tamu rumahnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia padanya tidak mengendahkan bunyi berkenaan, namun rasa tidak sedap hati menyebabkannya cuba melihat puncanya.

"Saya tarik kotak di bawah kerusi dan nampak kucing saya di situ. Tapi lepas tu nampak macam ada benda yang bergerak-gerak.

Iklan

"Bila diamati betul-betul, rupanya ular tedung. Saya jadi ketakutan, bimbang ada perkara berlaku. Kemudian, saya telefon sepupu memaklumkan kejadian itu," katanya.

Jelas Ghaihani, dia bernasib baik ular tersebut tidak mematuk kakinya ketika dia duduk di atas kerusi tersebut.

Iklan

Katanya, ular itu dipercayai masuk ke dalam rumah melalui pintu rumah yang tidak berkunci dan ini merupakan kali kedua kejadian ular tedung memasuki rumahnya.

Sementara itu, Ketua Skuad Prebet (PA) Muhammad Johari Mohd Noor berkata, dia bersama lima anggota lain bergegas ke lokasi kejadian.

"Kami mengambil masa hampir setengah jam untuk menangkap ular itu. Ia kemudiannya dibawa ke Pejabat APM Kuala Terengganu/Kuala Nerus untuk tindakan selanjutnya.

"Kami ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan haiwan berbisa seperti ular sebab pada musim sekarang, haiwan ini akan mencari kawasan sejuk seperti tandas dan bilik air.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, kira kira 200 ekor ular yang kebanyakannya dari spesis ular tedung dan ular sawa telah berjaya ditangkap," katanya.