KOTA BHARU - Bangunan baru di Kompleks Kota Darul Naim yang menempatkan pejabat utama Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar akan mula beroperasi pada Ahad ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kos pembinaan bangunan baru itu melibatkan RM40 juta dan sepatutnya sudah boleh digunakan sejak pertengahan tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Bagaimanapun disebabkan ada sedikit masalah teknikal, ia hanya boleh dimulakan operasi di sana awal tahun ini,” katanya kepada media di sini.
Menurutnya, bangunan tersebut menempatkan pejabat-pejabat exco kerajaan negeri, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga dewan-dewan utama.
Beliau juga memberitahu, menjadi satu keperluan kepada kerajaan untuk menambah bilangan bangunan dalam kompleks kerajaan itu bagi memenuhi kapasiti beberapa agensi yang memerlukan pejabat sendiri.