Asnaf ZPP jahit PPE untuk HSJ

Iklan
Amran meninjau proses jahitan PPE di bengkel jahitan asnaf Tasek Gelugor semalam.

TASEK GELUGOR - Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan menyumbangkan 500 set pakaian perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali berkata, PPE itu dijahit oleh asnaf ZPP di dua bengkel jahitan asnaf.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bahan material yang digunakan untuk menghasilkan PPE diberikan oleh HSJ pada 9 April lalu dan pihaknya melalui bengkel jahitan asnaf akan menanggung kos lain bagi menyiapkan peralatan berkenaan.

"Beberapa petugas yang terdiri daripada golongan asnaf akan menghasilkan 20 hingga 30 helai gaun pakai buang selain membuat peralatan perlindungan kepala dan kasut dalam tempoh sehari.

Iklan

"Diharap sumbangan ini dapat memudahkan petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19)," katanya ketika meninjau bengkel jahitan asnaf di sini semalam.

Terdahulu, wakil daripada ZPP menyerahkan 100 set PPE kepada pihak pengurusan HSJ hari ini dan baki peralatan perlindungan berkenaan akan diserahkan secara berperingkat kepada hospital berkenaan dalam tempoh terdekat.

Iklan
PPE dijahit oleh asnaf ZPP di dua bengkel jahitan asnaf.