Pemandu Ojol gusar dilarang bawa penumpang

Iklan
Ojol turut dibantu kerajaan dengan pemberian bantuan keperluan harian.- Foto Kompas

JAKARTA - Pemandu perkhidmatan e-hailing (Ojol) di Indonesia melahirkan rasa gusar apabila Perintah Kawalan Pergerakan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang diperluaskan melarang mereka membawa penumpang.

Pengerusi Presiden Kebangsaan Indonesia dari Persatuan Bantuan Dua Roda (Garda), Igun Wicaksono berkata, ketika ini ramai Ojol mengalami masalah mendapatkan penumpang termasuk pesanan makanan.

Iklan
Iklan

"Untuk mengambil pesanan makanan perlukan wang. Ojol harus membayar dulu untuk makanan sebelum dihantar kepada pelanggan.

"Sebahagian besar rakan-rakan Ojol sudah kehabisan modal, bagaimana kami mahu mencari wang," katanya kepada Kompas.

Iklan

Sebelum ini, Gabenor DKI Jakarta, Anies Baswedan berkata, larangan menaiki teksi motosikal dalam talian yang membawa penumpang semasa PSBB di Jakarta.

Ia bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin menular di kawasan tersebut.

Iklan