Kantoi jual karipap sekali dengan air ketum

Iklan
Seorang wanita berusia 45 tahun yang ditahan polis kerana menjual air ketum.

LANGKAWI - Tindakan seorang wanita yang menjual karipap sekali dengan air ketum membawa padah apabila dia ditahan polis dalam serbuan jam 3.50 petang semalam di gerainya di Kampung Bendang Baru, Kuah di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil soal siasat, suspek yang berusia 45 tahun itu mengaku menjual air ketum bagi menambah pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Iklan
Iklan

"Suspek menjual karipap bagi mengaburi mata pihak berkuasa aktiviti penjualan air ketum yang dilakukannya sepanjang PKP.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 44 bungkusan plastik mengandungi cecair dipercayai air ketum dengan anggaran 13.2 liter di gerainya," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Iklan
Iklan

Mohd Iqbal berkata, suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.