13 akademi penjara diwartakan pusat tahanan ingkar PKP

Iklan
Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 13 akademi penjara diwartakan sebagai pusat tahanan untuk menempatkan pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini.

Iklan
Iklan

"Oleh kerana timbul isu penjara akan sesak dan pastinya penjarakkan sosial sukar untuk dilakukan.

"Mesyuarat hari ini membuat keputusan iaitu supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Iklan

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kesemua pesalah yang akan ditempatkan di akademi penjara itu juga melalui prosedur operasi standard (SOP) seperti di penjara.

"SOP Jabatan Penjara Malaysia akan diguna pakai di premis yang diwartakan sebagai pusat tahanan sementara untuk pesalah menjalani hukuman sama seperti di penjara,” katanya.

Iklan

Menurutnya, perundangan lebih lanjut akan dibincangkan secara bersama oleh PDRM, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Penjara Malaysia.