KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan melaksanakan penggunaan tulisan jawi di premis perniagaan dan papan tanda mereka bermula tahun hadapan.
Yang Dipertuanya, Datuk Fadzilla Salleh berkata, pelaksanaan itu dilakukan selaras dengan titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu penggunaan tulisan itu secara menyeluruh di negeri ini.
"Saranan itu disambut baik oleh MPK sebagai usaha untuk memartabatkan tulisan jawi yang dilihat semakin dipinggirkan. Jadi, tahun depan kita akan memastikan pemilik premis perniagaan guna tulisan jawi di premis mereka, begitu juga dengan papan tanda.
"Dalam masa terdekat kita akan menggunakan tulisan jawi pertama pada papan tanda Jalan Tengku Mahkota (Jalan menuju ke Istana Abdul Aziz),” katanya pada program Pledge & Plant A Tree Programme 2018 bersama Pertubuhan Perancangan Malaysia di Laman Tepian Kuantan di sini, hari ini.
Sementara itu, Fadzilla berkata, sebanyak 72 unit pokok daripada pokok Palma, Cempaka, Golden Chin dan Pokok Tanjung telah ditanam di laman tepian itu.
"Selain penanaman, penjagaan pokok seperti memelihara dan menyelenggarakan pokok yang ditanam dan pengurusan pokok ini perlu dijaga sebaiknya. Kita akan pastikan penyelenggaraan pokok yang ditanam lebih baik dan sistematik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut merasmikan laman Tepian Kuantan seluas 0.17 hektar yang diambil sempena nama masjid Tepian Kuantan dan lokasi itu menjadi taman rekreasi baharu untuk kemudahan orang ramai di bandar ini.