KOTA BHARU - Seorang buruh ladang menangis selepas dijatuhi hukuman penjara 13 tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian jiran yang dipukul dengan menggunakan kayu hingga mangsa terjatuh ke dalam gaung, tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Hafizu Md Hanafi, 37, mengaku salah terhadap tuduhan.