Kan dah kena kompaun...

Iklan
Polis Kuala Selangor memuat naik kenyataan di Facebook berhubung kesalahan dilakukan lima individu terbabit.

KUALA SELANGOR - Polis mengambil tindakan kompaun terhadap lima individu kerana masih menggunakan jalan yang ditutup kepada kenderaan sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jambatan Kunci Air Besar Ban Kenal, Tanjong Karang di sini semalam.

Menerusi kenyataan di Facebook Polis Kuala Selangor memaklumkan, kelima-kelima lelaki terbabit ditahan semasa anggota dari Balai Polis Tanjong Karang menjalankan tugas rondaan dan pemantauan Op Covid-19 di jalan terbabit.

Iklan
Iklan

"Setelah membuat pemantauan di kawasan tersebut didapati lima lelaki menaiki motosikal melintasi halangan yang dibuat.

"Pihak polis telah menahan individu berkenaan setelah gagal memberikan keterangan yang munasabah mengenai pergerakannya," katanya.

Iklan

Kenyataan itu memberitahu, kelima-lima penunggang motosikal terbabit dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana ingkar PKP.

"Pihak polis mengharapkan kerjasama semua pihak untuk sentiasa berada di rumah bagi mengelak dikenakan tindakan yang lebih tegas.

Iklan