KUALA LUMPUR- Empat sahabat masing-masing dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah terhadap pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan leka bermain permainan dalam talian di telefon pintar.
Amir Muazzam Ahmad Kamal, 23, Mohd Farid Redza Ahmad Fairuz, 23, Muhamad Amar Faris Muhamad, 22 dan Muhammad Zaid Atiq Mohamad Nizar, 22, didakwa berada di gerai makan di Jalan Kelumpuk Cemperling, AU3, Ulu Klang, Wangsa Maju, pada jam 1.20 pagi, hari ini.
Pengakuan bersalah dilakukan di hadapan, Majistret Tawfiq Affandy Chin.