Jururawat tunjuk bagaimana kuman tersebar melalui sarung tangan

Iklan
Kiriman video daripada Facebook Occupy Democrats.

SERING kali kita melihat segelintir masyarakat menggunakan sarung tangan apabila keluar rumah bagi mencegah diri daripada terkena wabak Covid-19.

Namun langkah pencegahan itu akan menjadi sia-sia jika dipraktikkan dengan cara yang salah.

Iklan
Iklan

Tular satu video yang dikongsi pengguna Facebook bernama Occupy Democrats memaparkan seorang jururawat menunjukkan cara menggunakan sarung tangan dengan betul.

Video berdurasi tiga minit satu saat tersebut dipercayai dirakam di luar negara tetapi setakat ini mendapat 297,000 tanda suka dan 30,000 komen netizen.

Iklan

Menerusi video berkenaan, jururawat wanita itu menyatakan, memakai sarung tangan adalah bagus namun pemakai diingatkan supaya berhati-hati.

Dia turut menunjukkan bagaimana kuman boleh tersebar melalui sentuhan walaupun memakai sarung tangan.

Iklan

"Saya pakai sarung tangan, saya pergi ke pasar. Kemudian saya pegang sesuatu di pasar yang mempunyai virus dan ia melekat pada sarung tangan saya.

"Saya menggosok hidung, memegang kereta dan memegang telefon saya menggunakan sarung tangan yang dipenuhi virus. Akhirnya virus melekat pada saya,” katanya.

Lebih menarik apabila dia menunjukkan contoh penyebaran kuman melalui sarung tangan berkenaan dengan menggunakan cecair berwarna, yang membuatkan orang ramai lebih faham mengenai keadaan tersebut.

"Tiada gunanya menggunakan sarung tangan tetapi anda masih malas mencuci tangan anda setiap kali selepas memegang sesuatu,” menurutnya seperti dalam rakaman video itu.