Covid-19 pengaruhi tingkah laku pembelian pengguna

Iklan

KUALA LUMPUR - Satu kaji selidik oleh Vasa.ai menunjukkan tingkah laku pembelian pengguna yang dipengaruhi sejajar dengan kemajuan penularan pandemik Covid-19 dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengubah keperluan dan kehendak pengguna.

Kaji selidik dalam talian itu melibatkan 1082 responden rakyat Malaysia di seluruh negara untuk menilai tingkah laku pembelian pengguna.

Iklan
Iklan

Menurut kaji selidik itu, penjual luar talian yang sering dikunjungi pengguna sejak PKP adalah pasar raya tempatan, 99 Speedmart dan Tesco manakala penjual dalam talian utama adalah Tesco Online dan Mydin Online.

Pada masa yang sama, 27 peratus daripada pengguna masih menyertai jualan dalam talian dan promosi barangan bukan makanan dengan 15 peratus daripada mereka bersetuju barangan yang dijual dalam talian ketika ini adalah lebih murah.

Iklan

Bagaimanapun, 29 peratus daripada pengguna menunjukkan belian dalam talian lebih mahal, kemungkinan disebabkan bekalan yang terhad.

Kaji selidik itu juga menunjukkan peningkatan minat untuk mendapatkan produk yang mengekalkan kesejahteraan pengguna apabila 91 peratus daripada mereka membeli barangan kebersihan diri dan 86 peratus pengguna membeli topeng muka, pensanitasi tangan atau pembasmi kuman. - Bernama

Iklan