PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara petang semalam.
Berita gembira itu dikongsi ibu mentua, Datin Seri Tengku Zawyah melalui Instagram (IG) Story.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah tahniah Adib dan Izara dengan kehadiran orang baharu, cute little princess. Semoga ALLAH memberkati awak dan puteri awak.
"Saya tahu awak akan menjadi ibu terbaik dan penyayang. Cucu perempuan kita lahir ini berat seberat 2.9 kilogram," katanya.
Iklan
Berita itu juga dikongsi Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Instagram miliknya.
Instagram Story Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira itu.
"Alhamdulillah makin bertambah ahli keluarga kita." katanya.
Iklan
Muhammad Adib Khalid dan Izara berkahwin pada 17 November 2017.