KLANG - Curiga dengan bungkusan roti dan telur yang dibawa, seorang pemandu e-hailing bertindak menyerahkan barangan itu kepada polis semasa sekatan jalan raya di Kampung Jawa di sini semalam sebelum menemui dadah di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, semasa sekatan jalan raya kira-kira jam 5.30 petang, pemandu berusia 26 tahun telah menyerahkan satu bungkusan plastik berisi dua bungkus roti dan telur.