IPOH - Sebagai sokongan dan membantu meringankan beban petugas barisan hadapan, Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana 2 (PPTMP2) dan Komuniti Taman Meru Perdana mengambil inisiatif membaik pulih rumah yang terjejas akibat ribut kelmarin.
Pengerusi PPTMP2, Mohd Nazri Mohd Ariff berkata, inisiatif itu digerakkan oleh 18 orang sukarelawan terdiri daripada penduduk Taman Meru Perdana dan Taman Meru Perdana 2 bagi membantu penduduk terjejas terutama petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memastikan penularan wabak Covid-19 berakhir.
Menurutnya, kebanyakan rumah yang terjejas melibatkan kerosakan atap genting dan penggantian atap tersebut dilakukan sendiri oleh sukarelawan dengan sumbangan penduduk serta beberapa pemimpin setempat termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Ahli Parlimen Tambun.
"Taman perumahan ini dihuni lebih 30 petugas barisan hadapan terdiri daripada doktor, jururawat, polis dan pegawai kerajaan yang terlibat. Jadi, inilah sumbangan yang mampu kami berikan untuk memastikan mereka terus bersemangat meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara.
"Kita tak mahu petugas-petugas ini risau dengan keadaan kediaman mereka dan boleh fokus dengan tugas mereka. Kami cuba lakukan yang termampu dengan keupayaan kami selain mendapat sokongan padu daripada penduduk serta pelbagai pilhak yang prihatin," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Nazri berkata, kejadian ribut yang berlaku kelmarin mengakibatkan lebih 40 rumah di taman perumahan itu mengalami kerosakan pada bahagian atap rumah.