Tiada bazar Ramadan termasuk konsep pandu lalu, dalam talian: Annuar

Iklan
Ciapan di Twitter Annuar berkenaan perkembangan bazar Ramadan.

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memutuskan tiada sebarang bentuk penganjuran bazar Ramadan termasuk tiga konsep baharu yang diperkenal sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Setelah mengambil kira pelbagai faktor dan situasi semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan tiada apa jua bentuk bazar Ramadan termasuk pandu lalu, bungkus dan panggil serta e-panggilan yang dicadangkan sebelum ini," tulisnya.

Terdahulu, konsep baharu bertujuan membantu peniaga dan penjaja berniaga di bulan Ramadan itu diumumkan Annuar pada sesi Facebook Live KWP pada 8 April lalu.

Iklan

Pengumuman itu serentak dengan pemakluman keputusan tiada penganjuran bazar Ramadan bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Konsep baharu itu bagaimanapun tidak dipersetujui orang awam yang meminta agar tiada sebarang bentuk bazar Ramadan dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Iklan