Semua industri perlu mohon kebenaran MITI sebelum beroperasi

Iklan
Ismail Sabri (kiri) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga kanan) berbincang sebelum Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kanan) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (dua, kanan). - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Semua industri perlu memohon kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum memulakan operasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, mana-mana industri yang belum mendapat kelulusan kementerian itu tidak dibenarkan beroperasi.

Iklan
Iklan

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati banyak kenderaan di jalan raya terutamanya kenderaan perkhidmatan bukan essential (penting) yang mengambil kesempatan memulakan operasi perniagaan walaupun belum mendapat kelulusan beroperasi.

"Ingin ditegaskan bahawa, semua industri perlu memohon kebenaran dari MITI dan tidak dibenarkan beroperasi tanpa kelulusan (MITI),” katanya katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, industri dan sektor seperti bekalan makanan dan perubatan, yang telah diberi kebenaran beroperasi semasa PKP satu dan dua dibenarkan beroperasi seperti biasa.

"Kerajaan akan membenarkan sebarang aktiviti yang membabitkan rantaian bekalan dan pemasaran makanan dan perubatan seperti aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan akuakultur bagi memastikan bekalan mencukupi,” katanya.

Iklan